ARTIKEL

FOTO FB Maju Ternak Albarakah

Baka kambing Barbados, lembu Brahman laris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kambing dari baka Barbados dan lembu baka Brahman menjadi antara pilihan masyarakat di sini bagi tujuan ibadah korban menjelang sambutan Aidiladha pada Sabtu ini.

Pemilik Syarikat Maju Ternak Albarakah, Syed Razuan Ali, berkata selain mempunyai tekstur daging lembut yang disukai ramai, kedua-dua baka berkenaan juga menjadi pilihan penternak kerana mudah untuk dijaga.

Beliau berkata, bagi sambutan Aidiladha tahun ini, sebanyak 180 ekor kambing Barbados dan 120 ekor lembu Brahman miliknya telah dijual.

FOTO FB Maju Ternak Al-baraqah Syed

“Pada Aidiladha, memang setiap tahun kita boleh lihat peningkatan permintaan. Bagi tahun ini sahaja, syarikat kami menyediakan kira-kira 300 hingga 400 ekor kambing dan lebih 150 ekor lembu yang sedia untuk dijual.

“Setakat ini, memang kita mampu menampung permintaan. Kami juga mempunyai kerjasama dengan rakan penternak lain sekiranya kita kekurangan kambing atau lembu,” katanya kepada Bernama.

Menurut Syed Razuan, beliau menjual kambing Barbados dengan harga bermula dari RM1,200 hingga RM1,800, manakala lembu Brahman pula bermula dari RM8,000 hingga RM9,500.

Selain memenuhi permintaan pelanggan dari sekitar Kuching, beliau turut mempunyai pembeli dari kawasan luar seperti Samarahan dan Padawan.
Terletak di kawasan Sungai Cina, Matang, kira-kira 21 kilometer dari bandar Kuching, ladang milik Syed Razuan berkeluasan kira-kira 2.8 hektar itu boleh menampung lebih 500 ekor haiwan ruminan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha