ARTIKEL

Gambar hiasan | Bernama

Bakar mercun di lampu isyarat: Empat suspek direman tiga hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Polis menahan empat lelaki yang disyaki membakar mercun berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Azrol Anuar Nor menyatakan suspek berumur antara 16 dan 25 tahun itu diberkas di sekitar Skudai pada pukul 7.30 malam.

Beliau memaklumkan semua suspek tiada rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing mereka juga negatif.

Susulan itu, polis memperoleh perintah reman tiga hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, polis sedang mengesan tiga lagi individu yang disyaki terlibat, sementara orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline 07-5563122 seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU