ARTIKEL

Kesesakan penjara jejas operasi harian, keselamatan institusi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Jabatan Penjara Malaysia berdepan isu kesesakan penghuni di institusi penjara di seluruh negara, menjejaskan kelancaran operasi dan pentadbiran harian.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Penjara Jabatan Penjara Malaysia, Komisioner Muhamad Rosidek Musa berkata, isu berkenaan menjadi cabaran yang dihadapi Jabatan Penjara ketika ini.

Pegawai penjara baharu berarak pada majlis perbarisan tamat latihan yang turut dihadiri ahli keluarga masing-masing di PULAPEN Sarawak, Puncak Borneo. | Foto: Alverdtekoster Anyap
Pegawai penjara baharu berarak pada majlis perbarisan tamat latihan yang turut dihadiri ahli keluarga masing-masing di PULAPEN Sarawak, Puncak Borneo. | Foto: Alverdtekoster Anyap

“Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa Jabatan Penjara sedang berdepan isu besar, iaitu kesesakan penghuni di institusi penjara kita.

“Ia bukan sekadar melibatkan jumlah penghuni atau kapasiti bangunan, sebaliknya turut memberi kesan kepada operasi harian institusi penjara.

Pegawai penjara baharu berarak pada majlis perbarisan tamat latihan yang turut dihadiri ahli keluarga masing-masing di PULAPEN Sarawak, Puncak Borneo. | Foto: Alverdtekoster Anyap
Pegawai penjara baharu berarak pada majlis perbarisan tamat latihan yang turut dihadiri ahli keluarga masing-masing di PULAPEN Sarawak, Puncak Borneo. | Foto: Alverdtekoster Anyap

“Selain itu, keadaan berkenaan turut membebankan pegawai dan anggota yang bertugas, mengancam keselamatan institusi serta kesihatan banduan, selain memberi kesan kepada pelaksanaan program pemulihan dan rehabilitasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Penjara baharu di Pusat Latihan Pegawai Penjara Wilayah Sarawak (PULAPEN Sarawak), Puncak Borneo, di sini hari ini.

Rosidek menambah, meskipun berdepan kekangan ruang dan sumber, pegawai tetap bertanggungjawab memastikan aspek kawalan keselamatan, kebajikan serta pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin.

Pegawai Penjara Mohamad Azri Idris menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan daripada Rosidek. | Foto: Alverdtekoster Anyap
Pegawai Penjara Mohd Rahmat Abd Patah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Akademik daripada Rosidek. | Foto: Alverdtekoster Anyap

Seramai 120 pegawai penjara berjaya menamatkan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara, manakala majlis berkenaan turut dihadiri ahli keluarga masing-masing.

Rosidek mengingatkan pegawai penjara baharu bahawa mereka bakal berdepan pelbagai cabaran dan tekanan sebaik sahaja ditempatkan di institusi penjara masing-masing.

Pegawai Penjara Russell Ronayry Ronnie Raynold menerima Anugerah Penembak Terbaik daripada Rosidek. | Foto: Alverdtekoster Anyap

“Inilah realiti yang perlu kamu fahami.

Pegawai Penjara Hendry Mackson Ujih Tinggie menerima Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar daripada Rosidek. | Foto: Alverdtekoster Anyap

Kamu mungkin ditempatkan di institusi yang berdepan tekanan kapasiti, kekangan ruang dan beban tugas yang tinggi.

“Bagaimanapun, tekanan berkenaan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan prosedur, mengurangkan tahap kewaspadaan atau berkompromi dalam soal integriti,” katanya.

Pada majlis itu, Rosidek turut menyampaikan anugerah kepada pegawai penjara terpilih atas prestasi cemerlang sepanjang mengikuti kursus latihan selama tiga bulan.

Pegawai Penjara Mohamad Azri Idris dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, manakala Pegawai Penjara Mohd Rahmat Abd Patah menerima Anugerah Pelatih Terbaik Akademik.

Anugerah Penembak Terbaik pula diraih Pegawai Penjara Russell Ronayry Ronnie Raynold, sementara Pegawai Penjara Hendry Mackson Ujih Tinggie menerima Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar.

BERITA LAIN

Jurutera Sarawak digesa tumpu tiga aspek penting

KUCHING: Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak digesa memberi tumpuan kepada tiga aspek penting, iaitu mengekalkan standard profesionalisme, melahirkan generasi jurutera masa depan dan menyumbang

BERITA TERBARU

Aidil serah isu Nazmi kepada FAM, MFL

KUCHING: Setiap pemain Kuching City FC perlu menjaga nama baik dan imej Sarawak dengan mempamerkan disiplin serta profesionalisme tinggi, termasuk menghormati pihak lawan tanpa mengira