ARTIKEL

Majlis Pelepasan Kontinjen Negara ke Worldskills Competition (WSC) Lyon 2024 diadakan pada 6 September lepas. - Kredit: KBS

Bakat muda dari seluruh dunia berkumpul di Lyon untuk WorldSkills 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LYON, Perancis: Bandar Lyon kini dibanjiri bakat-bakat muda dari seluruh dunia sempena penganjuran Pertandingan WorldSkills (WSC 2024) ke-47 di Euroexpo mulai esok hingga 15 September.

Hampir 30 tahun selepas acara pertamanya pada 1995, pertandingan itu kembali ke Lyon.

WSC 2024 menghimpunkan 1,400 pesaing dari lebih 70 negara dan wilayah untuk bersaing dalam 62 kategori kemahiran.

Malaysia mengambil bahagian dalam 14 daripada kategori ini, termasuk Integrasi Sistem Robot, Penyelesaian Perisian IT untuk Perniagaan, Teknologi Kenderaan Berat dan Pembinaan Digital.

Malaysia meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya tiga pingat dalam acara itu.

Semua persiapan telah selesai.

Hari ini pesaing diberi masa untuk membuat persiapan dan memeriksa peralatan serta bahan-bahan pertandingan mereka.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penyertaan Malaysia pada WSC 2024 akan membolehkan negara meneroka pelbagai teknologi dan amalan terbaik dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada peringkat antarabangsa.

WSC 2024 dianjurkan untuk mencabar stereotaip dalam latihan vokasional dan menekankan peranan pentingnya menangani cabaran dalam sektor ekonomi yang mencabar.

Majlis perasmian dijadual berlangsung esok di Arena LDLC, tempat acara terbesar di Lyon. – BERNAMA (Mohd Ashraf Syafiq Mazlan)

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha