TARIKH 14 Mei dan 18 Jun dirai sebagai Hari Ibu dan Hari Bapa untuk mengenang pengoranan mereka membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang mampu berdikari.
Allah berfi rman: “Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau keduaduanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah; wahai Tuhanku!
Sayangilah kedua-duanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku pada waktu kecil.” (maksud al-Isra: 23-24) Bagaimanakah cara berbakti kepada ibu bapa selepas mereka sudah tiada?
Pertama sekali, anak yang setia menguruskan jenazah ibu bapanya dengan penuh tanggungjawab dan bersungguh-sungguh.
Inilah khidmat terakhir kita terhadap ibu bapa selepas kematian mereka.
Kedua, kita boleh menyambung segala amalan baik yang mereka amalkan semasa mereka masih hidup.
Biasanya, kita hanya mengenang semula kebaikan tersebut, namun dengan menyambung semula amalan baik itu, ia boleh memanjangkan pahala buat mereka.
Ketiga, usahakan untuk menunaikan hajat mereka semasa hidup.
Contohnya berhajat untuk memberi sumbangan kepada rumah anak yatim, menguruskan perlaksanaan haji atau apa-apa sahaja perkara yang baik di sisi syariat.
Niat melakukan perkara yang baik pasti dapat pahala, apatah lagi jika melaksanakannya.
Perkara seterusnya ialah mendoakan kebaikan mereka di alam seterusnya.
Sesungguhnya doa anak yang soleh sangat membantu kepada ibu bapa.
Yang terakhir, kita boleh melaksanakan amal kebaikan dengan niat melaksanakannya untuk mereka.
Melaksanakan kesemua cara berbakti ini sudah tentu berdasarkan ingatan berterusan atas segala pengorbanan dan jasa mereka terhadap kita.
Jangan sekali-kali lupakan khidmat ibu bapa kepada kita, tanpa ibu bapa siapalah kita.
Cara berbakti ini merupakan inti pati Ustazah Sharifah Naeilah Syed Hassan di Pusat Komuniti Ikram Sibu sempena Majlis Ramah-Tamah Aidilfi tri Sibu.
Majlis tesebut diadakan pada Sabtu lalu dihadiri 81 ahli Ikram serta ahli keluarga.
Semoga peringatan ini dapat menghidupkan rasa taat dan cinta anak-anak terhadap ibu bapa selama mereka masih hidup atau meninggal dunia.






