KUCHING: Kejutan buat skuad Sarawak United FC (SU FC) dalam meneruskan saingan kempen Liga M3 2023 berikutan ketua jurulatihnya S.Balachandran, meletak jawatan.
Bekas penolong skuad kebangsaan, 58, itu telah menghantar surat perletakan jawatan kepada pihak pengurusn kelab berkenaan pada 23 April lepas.
“Saya telah menghantar surat letak jawatan sebagai ketua jurulatih dan pengurusan kelab mengetahui perkara itu,” ujar Bala kepada Arena Suara Sarawak.
Enggan mengulas lanjut, Bala turut mengucap terima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi peluang kepada dirinya mengemudi skuad terbabit, sambil turut berharap SU FC akan terus berjaya selepas ini.
Bala mula mengemudi SU FC pada 22 Jun 2022 mengambil alih tugas B.Satianatan yang melepaskan jawatan tersebut atas faktor kesihatan.





