ARTIKEL

Sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang di Banting terjejas akibat banjir selepas berlaku kejadian ban pecah kira-kira 800 meter dari kawasan perumahan berkenaan malam tadi. Foto JBPM

Ban Pecah, 32 Rumah Di Banting Dilanda Banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Sebanyak 32 rumah di Taman Langat Utama 2, RTB Bukit Changgang di Banting terjejas akibat banjir selepas berlaku kejadian ban pecah kira-kira 800 meter dari kawasan perumahan berkenaan malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar memaklumkan kejadian berlaku kira-kira 11 malam dengan kebanyakan penghuni telah keluar dari kawasan itu.

Ashrul Riezal berkata bagaimanapun pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.12 pagi sebelum enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting tiba di lokasi pada 4.35 pagi bagi menjalankan pemantauan dan operasi bantuan.

“Setakat ini, sebanyak 32 rumah terjejas dengan banjir yang melanda kawasan berkenaan. Pihak bomba turut menasihatkan penduduk yang masih berada di kawasan terlibat supaya segera berpindah ke lokasi lebih selamat sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi