ARTIKEL

Bandar utama di china

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHINA terkenal sebagai negara pesat membangun, maju dan memiliki peradaban sejarah yang menarik.

Negara ini merupakan salah satu negara terbesar di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 1.4 billion.

Ekonominya berkembang pesat dengan kemudahan infrastruktur baharu dan moden, negara ini antara destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Selain bandar moden, China juga terkenal dengan tarikan alam semula jadi dan bangunan bersejarah.

Pada minggu ini, penulis ingin berkongsi bandar utama di China yang menjadi tarikan pelancong.

BEIJING

Beijing merupakan ibu negara China yang menjadi simbolik kepesatan kemajuan negara tersebut.

Banyak destinasi menarik di Beijing boleh dilawati seperti tempat bersejarah dan melihat panda yang sinonim dengan negara tersebut.

Sekiranya anda ingin melawat China, pastikan anda memulakan aktiviti pelancongan di Beijing.

Di sini anda boleh melawat salah satu keajaiban dunia – Tembok Besar China, stadium unik Olimpik – Stadium Nasional Beijing dan keunikan muzium Beijing.

GUANGZHOU

Sebagai salah satu bandar terbesar di selatan China, Guangzhou mempunyai binaan bangunan paling menakjubkan di dunia dan keajaiban semula jadi seperti gunung Baiyun.

Guangzhou juga mempunyai tarikan pelbagai pilihan makanan yang sangat lazat.

Bandar ini sering menjadi lokasi penggambaran sekiranya terdapat filem melibatkan China.

Lokasi terkenal tersebut ialah gunung Baiyun atau gunung awan.

Jangan lupa rakam gambar kenangan di mercu tanda Guangzhou – Menara Canton.

SHANGHAI

Shanghai menjadi salah satu bandar utama di dunia dan hab kewangan global.

Bandar ini terkenal sebagai pusat pelancongan utama di China.

Bandar raya global ini melambangkan bandar moden China.

Bagaimanapun, masih banyak destinasi berunsurkan tradisi dan budaya China terdapat di sini.

Pastikan anda melawat The Bund iaitu kawasan mewah di Shanghai.

Muzium Seni China juga melihatkan kemajuan muzium negara tersebut yang terkenal dengan sejarah peradaban China.

Selain Beijing, Shanghai juga memiliki zoo yang mempunyai panda.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

BERITA TERBARU