ARTIKEL

DITANGKAP... John yang melarikan diri pada sebelah pagi berjaya ditangkap semula kira-kira 6.20 petang.

Banduan lari dari Penjara Pusat Sri Aman ditahan semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Banduan yang melarikan diri dari Penjara Pusat Sri Aman awal pagi tadi berjaya ditangkap di sebuah rumah kosong dekat Jalan Brayun, kira-kira 6.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superitenden Dennis Bunyam berkata, pihaknya dimaklumkan tentang keberadaan John Sambang Sangau, 38 tahun, oleh orang awam.

Pihaknya berterima kasih kepada orang awam atas maklumat yang disalurkan serta komitmen pasukan keselamatan yang memastikan banduan berkenaan ditahan semula dalam tempoh singkat.

Siasatan lanjut berhubung insiden melarikan diri disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Pada 7.15 pagi tadi (Khamis), John melarikan diri dengan memanjat pintu pagar sementara di belakang Blok Rahmat Tiga dalam kejadian sekitar jam 7.15 pagi.

Banduan itu sebelum ini dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 20 Oktober 2025 dan dijadualkan tamat hukuman pada 24 Januari 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU