ARTIKEL

Bangkai Ikan Paus Di Batang Lupar Dipercayai Hanyut Lebih Jauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Bangkai ikan paus yang terapung di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku, Selasa lepas masih belum dijumpai hari ini.

Menurut hantaran Facebook Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) petang tadi, meskipun tiada bangkai ditemui di kawasan yang dilaporkan, pihaknya melancarkan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“Bertindak pantas, SFC mengerahkan pasukan pemantau semasa hari kejadian sekitar  7 pagi untuk menggeledah kawasan itu dari Bakong hingga Tanjung Bijat. 

“Pada 10 pagi, maklumat terkini daripada nelayan Sebuyau mengarahkan pencarian ke Kuala Triso. Bagaimanapun, ketika itu, bangkai itu hanyut lebih jauh ke laut, menjadikannya mustahil untuk dikesan,” kata hantaran itu.

Sementara itu, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebuyau turut menyertai usaha itu tiba di Jeti Feri Triso untuk membantu pencarian. 

Malangnya, hujan lebat dan arus deras menghalang bot mereka daripada meneruskan perjalanan, tambah hantaran itu.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat, termasuk Pejabat Daerah Lingga, Pejabat Daerah Kecil Sebuyau, Pejabat Residen Sri Aman, Jabatan Muzium, Balai Polis Lingga, dan BOMBA Sebuyau, atas bantuan segera mereka. 

“Semasa perbincangan, kita juga sebulat suara mempersetujui bahawa kedua-dua Pejabat Daerah akan melibatkan ketua masyarakat tempatan untuk memantau dan melaporkan sebarang insiden berkaitan,” katanya.

Pada Selasa, seekor bangkai dipercayai ikan paus dijumpai terapung di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku.

Penemuan bangkai paus itu menjadi tular apabila video berdurasi 49 saat dimuat naik seorang pengguna di media sosial Facebook pada Selasa.

Video berkenaan mendapat lebih 1,000 perkongsian, 705 tanda suka dan 100 komen.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha