ARTIKEL

Myanmar's nationals and Border Guard Police (BGP) personnel, who crossed the Bangladesh-Myanmar border to seek shelter in Bangladesh are escorted back to their country by ships at Cox's Bazar on February 15, 2024, amid the ongoing conflict between military forces and rebel group. (Photo by AFP)

Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DHAKA: Kerajaan Bangladesh menghantar pulang sekitar 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan antara kumpulan pemberontak dengan tentera Myanmar.

Mereka yang dihantar pulang itu, termasuk 302 anggota Polis Pengawal Sempadan, empat ahli keluarga, dua anggota tentera, 18 pegawai imigresen dan empat orang awam, lapor Agensi Anadolu.

Penghantaran pulang itu melibatkan warga Myanmar yang terlibat dalam konflik di sempadan baru-baru ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Bantuan dan Repatriasi Pelarian (RRRC) Bangladesh Mohammed Mizanur Rahman berkata proses penghantaran pulang berjalan lancar.

Terdahulu, delegasi dari Polis Pengawal Sempadan Myanmar diketuai oleh Polis Lt. Kol Myo Thura Naung tiba di Bangladesh untuk menyaksikan sendiri proses penghantaran pulang itu.

Sebuah kapal Tentera Laut Myanmar bersiap sedia di sempadan maritim antarabangsa untuk membawa kumpulan tersebut pulang ke tanah air.

Ketika pertempuran berterusan antara puak pemberontak dengan tentera Myanmar di negeri Rakhine, Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan pada Selasa berkata Myanmar bersetuju supaya anggota pasukan keselamatan mereka yang menyeberangi sempadan dihantar pulang. – Bernama

BERITA LAIN

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor

BERITA TERBARU