ARTIKEL

Keadaan kediaman Sheikh Mujibur Rahman, bapa kepada Sheikh Hasina yang musnah akibat tindakan penunjuk perasaaan, pada 6 Februari 2025. REUTERS/Mohammad Ponir Hossain | Bernama

Bangladesh keluarkan amaran terhadap vandalisme selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya, Sheikh Mujibur Rahman.

“Kerajaan sementara komited untuk memastikan keselamatan rakyat dan harta benda mereka,” menurut kenyataan yang disiarkan pada Khamis malam di laman Facebook Ketua Penasihat Muhammad Yunus.

Kenyataan itu turut memberi amaran terhadap sebarang tindakan provokatif yang boleh mencetuskan kekacauan di negara itu serta menegaskan bahawa mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan.

Rumah di Dhanmondi-32, Dhaka, yang dikaitkan dengan Sheikh Mujibur Rahman dan keluarganya, dirobohkan oleh ribuan penunjuk perasaan sebagai tindak balas terhadap ucapan Hasina yang disiarkan di media sosial lewat Rabu malam.

Hasina, 77, kini menetap di New Delhi selepas melarikan diri dari Bangladesh pada 5 Ogos susulan protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 15 tahun.

Sementara itu, pada Rabu dan Khamis, penunjuk perasaan di beberapa lokasi turut menyasarkan beberapa bangunan dan aset yang dikaitkan dengan pentadbiran Hasina serta pemimpin parti Liga Awami.

Di Kishoreganj, sekumpulan orang membakar kediaman bekas Presiden Abdul Hamid, menurut laporan media tempatan.

Di Universiti Rajshahi, para pelajar merosakkan papan nama empat dewan kediaman yang mereka anggap sebagai “simbol fasisme” sebelum menamakannya semula.

Beberapa mural Sheikh Mujibur Rahman turut menjadi sasaran vandalisme di beberapa lokasi lain. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU