ARTIKEL

Bangladesh mula jana nuklear

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DHAKA: Bangladesh mula menyalurkan 350 megawatt (MW) elektrik daripada loji tenaga nuklear pertamanya ke grid nasional secara percubaan buat kali pertama, lapor agensi berita Jerman dpa.

Suruhanjaya Tenaga Atom Bangladesh dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa bekalan elektrik dari satu daripada dua unit Loji Tenaga Nuklear Rooppur itu bermula pada jam 3.16 petang (0916 GMT).

Loji yang dibiayai Rusia itu dibina di bandar Ishwardi, Daerah Pabna, lebih 150 kilometer ke barat laut ibu negara Dhaka.

Elektrik yang dijana pada peringkat awal dijadual disalurkan ke grid nasional selama kira-kira lapan hingga 10 jam bagi memantau prestasi dan kestabilan turbin, penjana serta sistem operasi loji yang disambungkan ke grid berkenaan.

Loji itu kemudian akan diputuskan sementara daripada grid bagi menjalani ujian teknikal sebelum disambungkan semula selepas kira-kira 28 jam untuk tempoh empat hingga enam jam bagi melengkapkan ujian lanjut, menurut kenyataan itu.

Ketua Nuclear Power Plant Company Bangladesh Limited, Zahedul Hasan berkata, penyambungan loji itu ke grid nasional tidak bermakna operasi komersialnya telah bermula. Syarikat berkenaan bertanggungjawab menyelia operasi komersial loji itu.

“Ini merupakan ujian teknikal penting bagi menilai keserasian bekalan elektrik yang dijana loji dengan grid nasional, selain keupayaan grid menerima bekalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata fasa ujian seterusnya akan diteruskan sekiranya keputusan penyambungan percubaan itu memuaskan.

Operasi komersial dijangka bermula selepas fasa percubaan selama 10 bulan, selaras dengan perjanjian bersama kontraktor Rusia.

Bangladesh membangunkan dua unit penjanaan tenaga nuklear, masing-masing berkapasiti 1,200 MW, dengan sokongan kewangan dan teknikal Rusia menerusi Perjanjian Kredit Antara Kerajaan bernilai AS$12.65 bilion yang ditandatangani pada 2015.

Projek berkenaan dijangka memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan elektrik yang semakin meningkat di Bangladesh, menjamin keselamatan tenaga serta menyokong penjanaan elektrik yang mampan. – Bernama-dpa

BERITA LAIN

Buffett sumbang saham US$5.5b

WASHINGTON: Bilionair Amerika Syarikat (AS), Warren Buffett, menyumbangkan saham syarikat pelaburannya, Berkshire Hathaway, bernilai kira-kira US$5.5 bilion kepada empat yayasan keluarga yang dikendalikan oleh anak-anaknya.

BERITA TERBARU

Pelancong Asia Utara ke Sarawak meningkat

KUCHING: Pertumbuhan ketibaan pelawat dari Asia Utara sebanyak 40.3 peratus dan peningkatan 8.3 peratus dari Taiwan ke Sarawak menjadi petunjuk positif terhadap daya tarikan wilayah

Akim, Stacy sedia cipta memori baharu

Penyanyi popular Akim Ahmad meluahkan rasa teruja dan bersyukur apabila diberikan peluang menyertai Gegar Vaganza Fantasia (GVF) 2026, sekali gus mencipta kenangan baharu bersama-sama barisan