ARTIKEL

Bangunan baharu beri keselesaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pejabat Daerah Subis yang dijangka siap tahun depan mampu memberi keselesaan kepada kakitangannya untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat di luar bandar.

Residen Bahagian Miri Jamalie Busri berkata, bangunan yang sedia ada mempunyai kawasan yang terhad dan tidak dapat menempatkan jumlah kakitangan yang ramai. 

“Saya amat berharap bangunan baharu Pejabat Daerah Subis itu nanti dapat dinikmati oleh semua kakitangan dengan kemudahan yang memberi keselesaan kepada semua,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Daerah Subis pada Selasa.

Setiap kakitangan katanya perlu tahu dan faham peranan dan tugasan masing-masing di dalam melaksanakan tugas. 

Oleh itu, semua perlu menghayati setiap tugas masing-masing agar tugasan dibuat dengan betul, memuaskan dan elak melakukan kesilapan. 

“Ini amat penting agar semua tugasan kakitangan dapat dilakukan dengan baik dan teratur.

Tugas di luar tugasan hakiki juga perlu dilaksanakan jika arahan ini dikeluarkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU