ARTIKEL

UNTUK ALBUM... Tun Wan Junaidi serta isteri bergambar kenangan bersama-sama rombongan Pemegang Lembaga AKYBMS yang diketuai oleh Awang Tengah di Petra Jaya, hari ini.

Bangunan Yayasan Budaya Melayu Sarawak dijangka siap tujuh bulan lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bangunan Yayasan Budaya Melayu Sarawak atau lebih dikenali sebagai Wisma Melayu dijangka siap tujuh bulan lebih awal.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, projek yang dimulakan pada 8 November 2022 itu dijangka siap lebih awal iaitu pada 7 Mei 2025.

Katanya, bangunan Wisma Melayu direka bentuk dengan elemen seni bina yang menyerupai tengkolok Melayu sebagai simbol jati diri dan warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak.

“Apabila siap kelak, Wisma Melayu dijangka menjadi pusat kebudayaan yang signifikan, lengkap dengan kemudahan seperti dewan serbaguna, muzium, galeri pameran, ruang pejabat, kafe dan surau,” ujarnya.

Tun Wan Junaidi menyambut baik perkembangan positif projek tersebut dan menzahirkan harapan agar segala kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan dengan lancar serta menepati sasaran masa yang ditetapkan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas usaha dan komitmen dalam menjayakan projek mercu tanda ini.

Terdahulu Tun Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat delegasi Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Astana Negeri, Petra Jaya pada 10 pagi.

Rombongan diketuai oleh Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Pengerusi AKYBMS.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah