ARTIKEL

Banjir kilat undang trauma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEJAK kebelakangan ini banjir kilat yang berlaku terutama di kawasan bandar dan perumahan dilihat menunjukkan peningkatan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat berterusan melanda sejak beberapa hari lepas.

Intensiti hujan tinggi, kawasan pembangunan padat, sistem saliran tidak diselenggara dengan baik serta masalah pencemaran longkang dan saliran dilihat menjadi penyumbang utama faktor banjir kilat di kawasan berkenaan.

Malah di Kota Samarahan misalnya ramai penduduk di kawasan perumahan serta kampung berdekatan merungut apabila rumah kediamanan mereka dinaiki air setiap kali hujan lebat berterusan melanda.

Kejadian ini biasanya dikaitkan dengan hujan lebat dan banjir kilat boleh berlaku sama ada di pusat bandar ataupun melibatkan kawasan perumahan di sekitar bandar.


Hujan lebat berlaku dengan pantas selama beberapa jam, kawasan lembah dan berturap, bangunan yang padat serta sistem saliran tidak baik akan menyebabkan kawasan tersebut mudah ditenggelami air dalam masa beberapa jam sahaja.

Artikel lanjut dalam epaper STSS

BERITA LAIN

Ancaman halus dunia hiburan

HAMPIR semua orang mengakui kesan negatif terhadap akhlak dan tingkah laku dalam kalangan masyarakat akibat filem dan siri yang banyak memaparkan adegan ganas, seks, ekstremisme

BERITA TERBARU