KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan penyerahan pembayaran zakat 2022 berjumlah RM1,588,987 daripada pihak Bank Rakyat kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) di Bangunan Bailtulmakmur 1, pada Jumaat.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Dr. Mohammad Hanis kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha mewakili TBS.
Terdahulu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada rombongan Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman.



