ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Bank Rakyat kepada TBS di Astana Negeri Sarawak.

Bank Rakyat salur lebih RM2 juta zakat perniagaan kepada TBS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Rakyat, salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), menyalurkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM2 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) bagi tahun kewangan 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berkata kejayaan sesebuah institusi kewangan bukan sahaja diukur berdasarkan prestasi perniagaan, tetapi juga sejauh mana kejayaan itu dapat dikembalikan kepada masyarakat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Bank Rakyat atas komitmen berterusan dalam menunaikan tanggungjawab zakat.

“Sejak 2016 hingga 2025, Bank Rakyat telah menyalurkan sejumlah RM17.4 juta zakat perniagaan kepada Sarawak, sekali gus menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat di Sarawak,” katanya.

Majlis penyerahan itu berlangsung di Astana Negeri Sarawak semasa kunjungan hormat beliau terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Dalam perkembangan sama, Steven turut berkongsi perkembangan program keusahawanan dan koperasi KUSKOP di Sarawak.

“Sehingga 31 Ogos 2026, lebih RM800 juta pembiayaan telah disalurkan kepada 32,000 usahawan dan koperasi di negeri itu melalui Bank Rakyat, TEKUN Nasional, SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp. Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Sarawak kini mempunyai 77,098 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta 1,212 koperasi dengan lebih 323,000 anggota, mencerminkan peranan penting sektor keusahawanan dan koperasi dalam ekonomi negeri,” jelasnya.

Menurutnya, KUSKOP akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Sarawak serta agensi berkaitan bagi memperluas akses pembiayaan, memperkukuh kapasiti perniagaan dan memastikan lebih ramai usahawan tempatan dapat berkembang secara mampan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka