ARTIKEL

Bank Rakyat sedia kemudahan untuk usahawan IKS, Koop

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Pusat Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Koperasi (SMEC) sebagai antara inisiatif memperkasa sektor pembangunan keusahawanan negara.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, SMEC merupakan pusat sehenti yang menyediakan khidmat nasihat dan pembiayaan holistik kepada usahawan daripada kategori usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi.

Menurutnya, pembukaan SMEC ini turut mampu mendorong mencapai sasaran kelulusan pembiayaan RM1.0 bilion kepada usahawan PKS, manakala RM75 juta untuk usahawan mikro bagi 2021. “SMEC yang beroperasi secara fokus untuk pembangunan usahawan, membolehkan pelanggan mendapatkan khidmat nasihat dari segi pengurusan pembiayaan, perniagaan serta perancangan untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu berurusan di cawangan Bank Rakyat,” menurut bank itu.

Sehingga kini, tiga SMEC di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka mula beroperasi, manakala tujuh SMEC bakal dibuka di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak sebagai platform penyebaran maklumat kepada usahawan.

…… untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini…

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha