ARTIKEL

Banteras penyalahgunaan dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak agresif menangani masalah penyalahgunaan dadah di kawasan luar bandar menerusi penubuhan Biro One Stop Committee (OSC) Menangani Isu Dadah dan Substans (MIDS).

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Razi Sitam berkata, biro yang ditubuhkan pada 2021 itu melibatkan 18 kawasan seperti Kuching, Bau, Lundu, Sri Aman, Kanowit, Miri, Subis, Lawas, Kapit, Belaga, Bintulu, Samarahan, Asajaya, Betong, Saratok, Dalat, Pakan, dan Selangau.

Katanya, penubuhan biro tersebut di peringkat akar umbi adalah langkah Kerajaan Sarawak untuk memastikan kelestarian menangani isu dadah dan substans dalam komuniti.

“Di samping, menyokong gerak gempur penguatkuasaan yang agresif terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah menggunakan peralatan dan instrumen taktikal yang dibiayai Kerajaan Sarawak.

“Peralatan seperti mesin Pengimbas Bahan Narkotik, Anjing Pengesan Dadah Tambahan, Pengesan Dadah Visual Segera (IVDD) dan Pengesan Dadah Genggam yang diguna pakai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak,” katanya menjawab soalan Adun Tamin Christopher Gira Sambang dan Adun Simunjan Awla Dris pada Mesyuarat Pertama Penggak Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Razi berkata, Kerajaan Sarawak juga menyokong operasi 20 buah fasiliti Pusat Sehenti (OSCA) di klinik-klinik kendalian Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Malah katanya, Kerajaan Sarawak menubuh dan menyokong operasi tujuh buah Pusat Pembangunan Komuniti Pemulihan dan Intervensi (CDIC) bagi komuniti terjebak substans oleh OSC MIDS Daerah dan AADK Sarawak.

Tambahnya, kapasiti ahli-ahli OSC MIDS turut dipertingkatkan dengan kompetensi pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan melalui latihan yang dijalankan oleh rakan strategik NGO yang ditauliah oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) dan International Society of Substance Use Professionals (ISSUP) bagi mengurus kes komuniti terjebak substance dengan input berasaskan bukti yang lebih berkesan di Sarawak.

“Sehingga Mac 2023, rakan strategik NGO, Organization for Addiction Prevention, Treatment and Recovery (OAPTAR) Sarawak telah menjalankan lapan siri latihan untuk ahli-ahli OSC, CDIC dan OSCA secara bersasar.

“Bagi memastikan kumpulan yang terjebak dengan substans dirawat dan dipulihkan, OSC MIDS Sarawak melaksanakan Pelan Tindakan Bersepadu Kesejahteraan Komuniti Terjebak Substans melalui pendekatan bersepadu kolaborasi dengan ahliahli OSC MIDS di semua peringkat berkongsi data dan maklumat, mengurus kes komuniti terjebak dengan merujuk klien kepada ahli atau agensi berkaitan, memberi bantuan atau perkhidmatan dan maklumbalas berterusan bagi isu atau masalah klien yang dirujuk,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyai 55 tangkapan melibatakam penyalahgunaan dadah dan substans telah dibuat oleh pihak polis dan AADK Sarawak atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 sepanjang tahun 2019 hingga 2022 di Selangau.

Manakala katanya, hanya satu tangkapan dibuat di Selangau melibatkan aktiviti pengedaran dadah dan substans manakala bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Mac 2023.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan