ARTIKEL

UMBANGAN… Fatimah Abdullah menyerahkan sumbangan kepada ibu Nor Aliff, Patimah Usop (satu kiri) semasa mengadakan lawatan susulan di Flat KMC, Kuching semalam

Bantu golongan miskin melalui pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, KanakKanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) memandang serius aspek pendidikan dalam usaha mengubah serta meningkatkan taraf hidup masyarakat khususnya golongan miskin.

Menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian kerana ia boleh membantu keluarga tersebut keluar daripada belenggu kemiskinan.

Katanya, bantuan pendidikan tersebut juga akan dilaksanakan bagi membantu Nor Aliff Syukri Roslee, 7, kanak-kanak yang ditemui berkeliaran seorang diri di sekitar kawasan Padungan awal Februari lalu.

Jelasnya, usaha yang dilaksanakan itu merupakan salah satu tindakan susulan pihaknya kerana Nor Aliff juga lahir daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Perkara pertama yang kita lakukan ialah mendapatkan diagnosis daripada pakar kanak-kanak (paediatrician) dari Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) mengenai masalah yang dihadapi kanak-kanak ini.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU