ARTIKEL

Bantu ibu bapa beli pakaian sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Program Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak amat bermakna kerana meringankan beban kewangan ibu bapa terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Adun Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pelaksanaan program itu bukti kerajaan melalui Yayasan Sarawak memahami beban yang ditanggung oleh setiap ibu bapa dalam penyediaan pakaian seragam sekolah.

“Program ini dilaksanakan atas dasar prihatin untuk membantu dalam penyediaan keperluan pakaian seragam sekolah.

“Tahun ini sekali lagi Yayasan Sarawak menyalurkan bantuan serupa kepada semua murid yang layak dengan nilai RM200 untuk setiap murid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak Daerah Pakan di sini, semalam.

Menurut Mawan, pelajar perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk menimba ilmu pengetahuan di sekolah.

“Jadikan sekolah sebagai tempat menimba ilmu, mencari pengalaman, membentuk bakat dan mengasah daya kepemimpinan kerana anda merupakan aset bernilai negara untuk masa hadapan.

“Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Berusahalah menjadi yang terbaik,” katanya.

Timbalan Residen Sarikei Abang Porkan Abang Budiman dan Penolong Pegawai Daerah Pakan Yalin San turut hadir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu