ARTIKEL

Fatimah Abdullah.

Bantu Kesejahteraan Warga Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam tempoh empat bulan pertama pengenalan inisiatif Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), sebanyak 14,502 individu menggunakan kemudahan tersebut dengan perbelanjaan RM1.95 juta.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, sehingga 15 November, 108,002 warga emas layak mendapat faedah daripada inisiatif ini.

“Daripada jumlah tersebut, 14,502 menggunakan kemudahan SCHB dengan perbelanjaan sebanyak RM1.95 juta,” katanya semasa ucapan penggulungan bagi kementeriannya di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Jelasnya, manfaat SCHB boleh digunakan di 222 hospital dan klinik swasta berdaftar sebagai klinik panel.

Tambah Fatimah, inisiatif baharu Kerajaan Sarawak yang dilaksanakan bermula 22 Julai lalu adalah untuk membantu warga emas berpendapatan isi rumah RM7,000 dan ke bawah mendapatkan kemudahan rawatan pesakit luar di hospital dan klinik panel swasta dengan had maksimum RM500 seorang untuk setahun.

Dalam usaha berterusan menyantuni golongan warga emas, Fatimah menyatakan Kerajaan Sarawak melaksanakan pelbagai inisiatif lain bagi mendukung penuaan yang sejahtera untuk warga emas di Sarawak.

“Antaranya menubuhkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE). Sehingga Oktober, seramai 19,251 (enam peratus) warga emas berdaftar di kedua-dua pusat berkenaan.

“Tahun ini, sebanyak 1,639 aktiviti merangkumi lima dimensi iaitu kesihatan, sosial, ekonomi, kerohanian, dan persekitaran berjaya dilaksanakan.

“Inisiatif Kad Emas Kenyalang (KGC), 3 November, 312,297 permohonan KGC diluluskan,” tambahnya.

Selain itu, usaha mensejahterakan warga emas katanya ialah literasi digital.

“Ini juga merupakan satu usaha untuk mengelakkan wanita warga emas daripada terperdaya dengan pelbagai bentuk penipuan dalam talian,” katanya menambah, penilaian terhadap 105 peserta yang pernah menyertai kursus di Beluru, Spaoh dan Pakan mendapati tahap kefahaman dan kesedaran berada pada aras tinggi iaitu purata skor 96.46 peratus.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah