Bantu rakyat miliki rumah sempurna

KOTA SAMARAHAN: Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak amat bertepatan bagi membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki kediaman yang sempur-
na, selesa dan selamat.

Adun Muara Tuang Datuk Idris Buang berkata, geran sebanyak RM1 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak untuk setiap kawasan Dun untuk membaik pulih kediaman rakyat yang terpilih.

Menurutnya, bagi Dun Muara Tuang geran sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi fasa pertama projek PPRMS di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) Dun Muara Tuang 2019 di Dewan Suarah Kota Samarahan, sema-
lam.

Dalam pada itu Idris memberitahu, setiap kediaman yang terpilih untuk dibaik pulih akan menerima peruntukan antara RM5,000 hingga RM15,000.

Katanya, jumlah tersebut merupakan anggaran yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal PPRMS.

Sementara itu, Idris berharap semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung di kawasan Dun Muara Tuang memantau kerjakerja baik pulih rumah di tempat masing-masing agar projek itu berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

Suara Sarawak