ARTIKEL

PENGUSAHA produk minuman berasaskan durian belanda, Zai Suhana Mohd Tap.| Foto Bank Muamalat Berhad

Bantu usahawan mikro jana pendapatan mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ketika krisis dihadapi khasnya akibat pandemik COVID-19, ramai usahawan mikro terpaksa mencari peluang baharu untuk meneruskan perniagaan.

Bagi usahawan muda, Ehkasti Khamarudin, 34, kehadiran TEKAD Komuniti Business Support Program sekaligus membantunya bangkit semula dan mengukuhkan perniagaan produk kecantikan dan minyak urut.

Beliau berkata, program tersebut memberi bimbingan kepada usahawan mikro dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran digital dan peningkatan kemahiran.

“Program berkaitan sangat bagus dan ia membantu saya untuk terus berdaya saing,” katanya.

Bagi peniaga yang sebelum ini berkecimpung dalam industri batik dan kraf tangan juga turut merasai manfaat program tersebut.

Menurutnya, dia hanya bergantung kepada jualan secara bersemuka, namun kini dapat mengembangkan perniagaan melalui platform digital.

“Segi dari segi pemasaran, memang banyak perubahan dari segi jualan, berbanding hanya jualan biasa sahaja, kini banyak peningkatan,” tambahnya.

Peserta lain, Zai Suhana berkata, kejayaan diniagakan dan dipasarkan secara meluas hasil bimbingan diterima, membolehkan produknya terus kekal pada harga lebih kompetitif.

“Kerana generasi muda dapat sokongan, ia sangat membantu dari segi penjenamaan produk, kualiti serta harga,” katanya.

Ditanya mengenai nasihat kepada usahawan mikro lain yang mahu mengembangkan usaha, beliau berkata, mantap dalam pengurusan kewangan dan terus berani mencuba.

“Meneruskan perniagaan, menjaga, memperkukuh jaringan dan melakukan inovasi,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Global Resources Berhad menerusi program ini memberi sokongan kepada usahawan melalui pembiayaan mikro.

Menurutnya, ia terbuka kepada kira-kira 3,000 botoi peserta yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan.

“Jadi keperluan yang diberi sebanyak mana pembiayaan.

“RM50,000 dan usahawan pada masa terdekat terakhir, tertumpu kepada perladangan dan mengikut minat masing-masing.

“Selain itu, Kejayaan perniagaan bukan sekadar menggunakan pembiayaan, namun turut membabitkan ilmu akademik.

Penganjuran program juga membantu memberi pendedahan kepada peniaga kecil yang ingin mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan.

“Tambahan lagi, ia memberi manfaat dari segi perkhidmatan dan sokongan kewangan dari segi akses pasaran serta pemasaran produk.

Jelasnya, program itu turut menyediakan bimbingan kepada peserta dengan bantuan khas dan bengkel agar dapat membantu usahawan mikro.

Menurutnya, ia juga membantu mereka memperkembangkan perniagaan, khasnya dipilih Bumiputera dan golongan belia.

Kerajaan turut komited menambah baik program berkenaan dengan meningkatkan jumlah usahawan mikro yang menerima sokongan agar terus kekal dan mampu merancakkan pertumbuhan komuniti.

Justeru, ia turut dapat mengangkat kedudukan ekosistem usahawan mikro di Malaysia, produk serta tenaga kerja di seluruh negara.

Petikan: Program keusahawanan ITEKAD membantu usahawan mikro berpendapatan rendah untuk memperkukuh pengurusan kewangan, kemahiran perniagaan bagi menjana pendapatan yang mampan.

BERITA LAIN

Keunikan Ba’Kelalan mampu tarik pelancong

BA’KELALAN: Ba’Kelalan berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan keunikan budaya, kraf tangan dan hasil tempatan, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk, khususnya

Udang pusu sumber rezeki

JERTIH: Bermula dengan mencari udang pusu sekadar untuk dijadikan hidangan keluarganya, seorang pemuda di Kampung Limbongan dekat Kampung Raja di sini, kini tidak menang tangan

BERITA TERBARU

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan