ARTIKEL

MOHD Azuan (kanan) dan Shahrul Izwan menunjukkan hasil tangkapan udang pusu.

Udang pusu sumber rezeki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JERTIH: Bermula dengan mencari udang pusu sekadar untuk dijadikan hidangan keluarganya, seorang pemuda di Kampung Limbongan dekat Kampung Raja di sini, kini tidak menang tangan menerima tempahan termasuk dari luar Terengganu yang ingin merasai keenakan spesies hidupan unik itu.

Mohd Azuan Mahadi, 31, yang telah 11 tahun mencari hasil sungai seperti belut, siput sedut dan udang galah sebagai pendapatan utamanya berkata minat terhadap udang pusu bermula sejak dia berkunjung ke Riau, Indonesia dua tahun lepas apabila disajikan hidangan udang pusu goreng bersama-sama sos tiram oleh rakannya di sana.

“Pengalaman kali pertama saya terkejut dengan keenakan menyantap udang itu sehingga dimasak rakan membuatkan saya letak satu jam begi menikmati udang itu yang manis dan hampir menyamai rasa ketam nipah.

“Saya makan sampai 10 ekor tetapi rasa masih tidak cukup kerana sangat sedap,” katanya ketika ditemui di Kampung Limbongan, dekat Kampung Raja, Terengganu.

Mohd Azuan berkata ketika berada di Riau dia mempelajari kaedah menangkap hidupan air payau tersebut iaitu menggunakan campuran air dan kapur makan yang dimasukkan ke dalam lubang tanah sebelum dibiarkan kira-kira 45 minit hingga satu jam bagi membolehkan udang pusu keluar sendiri.

Sekembalinya ke tanah air, bapa kepada tiga anak itu mula mencari udang itu di kawasan hutan paya nipah berhampiran rumahnya untuk hidangan keluarga dan aktiviti berkenaan menjadi antara sumber pendapatannya selepas dia memuat naik mengenainya aktiviti itu melalui media sosial.

Kini Mohd Azuan menerima tempahan udang pusu kira-kira 80 kilogram seminggu daripada pelanggan dan menjualnya pada harga RM25 hingga RM30 sekilogram, bergantung pada saiz udang.

Namun, hasil tangkapan tidak menentu dan bukan selalu saya bernasib baik mendapat udang pusu berasa besar. Itulah cabaran yang terpaksa hadapi kerana kebanyakan pelanggan hanya mahu bersaiz besar,” katanya.

Mohd Azuan berkata udang pusu yang sebelum ini kurang dikenali ramai itu lazirnya hidup di kawasan air payau hutan bakau dan nipah serta memberi makan daripada tumbuhan saran daripada lumpur yang dikenali sebagai pusu.

“Ketika musim banjir, udang ini biasanya keluar dari lubang dan berada di atas timbunan sarang atau pokok. Sebelum ini saya menyangka udang ini tidak boleh dimakan kerana bentuknya agak pelik,” katanya.

Aktiviti menangkap udang pusu telah menjadi rutin harian Mohd Azuan dan biasanya dia akan mula mencari seawal 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bagi memenuhi tempahan pelanggan.

Mohd Azuan berkata dia akan membersihkan setiap udang yang ditangkap daripada lumpur dan kotoran termasuk membuang bahagian organ tertentu di kepala bagi mengelak pelanggan berasa pening atau mabuk selepas memakannya.

Berikutan permintaan yang semakin meningkat, Mohd Azuan turut dibantu rakannya, Shahrul Izwan Mat Ghani, 39, bagi memastikan bekalan udang pusu dapat disediakan kepada pelanggan pada masa yang ditetapkan.-Bernama

**Kapsyen:** MOHD Azuan (kanan) dan rakannya, Shahrul Izwan menangkap udang pusu di hutan paya bakau di Jerith, Terengganu.|Bernama

**Kapsyen 2:** UDANG pusu mendapat permintaan tinggi kerana keenakan isinya yang manis dan hampir menyamai rasa ketam nipah.

—

BERITA LAIN

Keunikan Ba’Kelalan mampu tarik pelancong

BA’KELALAN: Ba’Kelalan berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan berasaskan keunikan budaya, kraf tangan dan hasil tempatan, sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk, khususnya

Bantu usahawan mikro jana pendapatan mampan

KUALA LUMPUR: Ketika krisis dihadapi khasnya akibat pandemik COVID-19, ramai usahawan mikro terpaksa mencari peluang baharu untuk meneruskan perniagaan. Bagi usahawan muda, Ehkasti Khamarudin, 34,

BERITA TERBARU

RODRIGUEZ tampil dengan nada baharu

Membawa elemen muzik pop Iban kontemporari dengan pendekatan yang lebih segar, penyanyi muda Rodriguez Wan tampil menerusi single terbaharunya, Nadai Endur Mantah, yang mengetengahkan cita

Udara bersih satu kemewahan

UNTUK sekadar berjoging, ada yang kini terpaksa melupakan taman rekreasi dan berlari di dalam pusat beli-belah. Itulah yang berlaku kepada sebahagian pelari di Singapura dan