ARTIKEL

Naafi Sidek

Bantuan diperlukan untuk pembersihan pasca banjir di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Tragedi banjir yang melanda Sarawak minggu lalu menjadi pengalaman pahit bagi mangsa.

Rakyat di negeri ini turut berkongsi kesedihan, terutama apabila menyaksikan insiden yang berlaku di Bintulu dan Miri.

Penduduk membawa pulang barangan dari PPS.

Hujan lebat sejak Isnin, 27 Januari lalu, menyebabkan kes tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri pada 28 Januari, yang mengorbankan nyawa.

Banjir besar yang berlaku di Bintulu pada 29 Januari mencatat sejarah terburuk di kawasan itu, di mana banyak rumah ditenggelami air dan kerosakan meluas berlaku.

Penduduk membawa pulang barangan dari PPS.

Keadaan banjir ini juga menjejaskan beberapa kawasan lain termasuk Kota Samarahan.

Meskipun keadaan tidak seteruk di dua bandar tersebut, penduduk tetap dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi kampung yang terkesan.

Petugas sedang mengemas khemah di PPS, Dewan Sri Budaya Kampung Niup yang ditutup hari ini.

Suara Sarawak telah membuat tinjauan di sekitar Kampung Niup dan PPS Dewan Sri Budaya Kampung Niup sekitar jam 10.30 pagi tadi untuk melihat perkembangan banjir setakat pagi ini.

Keadaan banjir di kampung tersebut sudah mula reda, dan air tidak naik ke kawasan rumah.

Petugas sedang mengemas khemah di PPS, Dewan Sri Budaya Kampung Niup yang ditutup hari ini.

Setibanya di PPS, yang ditutup dalam keadaan hujan renyai, penduduk sudah mula mengemas barangan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Ranting Gabungan Parti Sarawak (GPS) Kampung Niup, Naafi Sidek, 75, bersyukur kerana keadaan banjir di kawasan itu telah reda dan penduduk dibenarkan kembali ke rumah.

Air sudah mula surut di Kampung Niup.

Katanya, penduduk perlu sentiasa berjaga-jaga, terutama ketika hujan lebat berterusan.

“Selepas kira-kira empat hari di PPS, banjir ini menyebabkan tanah dan kotoran masuk ke dalam rumah serta banyak harta benda yang rosak.

Kami memerlukan bantuan untuk kerja pembersihan,” ujarnya ketika ditemui Suara Sarawak di Dewan Sri Budaya Kampung Niup.

Beliau juga menyeru agensi bertanggungjawab, badan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, dan pihak berkenaan untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung.

“Kami berharap bantuan susulan, terutama semasa proses pembersihan yang memerlukan tenaga kerja. Ini penting untuk meringankan beban penduduk di sini.”

Naafi juga berterima kasih kepada agensi, petugas, dan mana-mana pihak yang telah menghulurkan bantuan termasuk makanan ke PPS ini.

Untuk rekod, PPS Kampung Niup mula dibuka pada 31 Januari lalu dan ditutup pagi tadi, menempatkan 40 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan kira-kira 144 mangsa termasuk kanak-kanak, warga emas, dan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha