ARTIKEL

Bantuan kebajikan tidak akan dikurangkan – Fatimah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Bantuan untuk kebajikan tidak akan dikurangkan, bahkan Kerajaan Sarawak bertekad untuk melanjutkan banyak inisiatif yang menguntungkan rakyat.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah memberitahu, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) melihat kesejahteraan rakyat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal, tetapi juga meliputi bantuan kebajikan.

“Kita mahu rakyat kita hidup dalam keadaan bermaruah.

“Justeru, janji kita (kerajaan) bantuan untuk kebajikan tidak akan dikurangkan, sebaliknya akan dilanjutkan. Ditambah di negeri ini, dari segi inisiatif ada peruntukan tambahan yang besar.

“Semua ini dapat diteruskan kerana kita mempunyai seorang Ketua Menteri yang berjaya mencari jalan bagaimana meningkatkan pendapatan Sarawak, sekurang-kurangnya dengan pertambahan RM3 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Inisiatif Kerajaan oleh Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) di Dewan Masyarakat Spaoh, hari ini.

Menurut Fatimah, Kerajaan Sarawak dalam tempoh tiga tahun membelanjakan lebih RM206 juta bagi melaksanakan enam inisiatif iaitu Endowment Fund Sarawak (EFS), Bantuan Ibu Bersalin (BIB), Geran Tahunan Khas (GTK) Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kad Emas Kenyalang (KGC), Bantuan Ihsan Kematian (BIK) dan Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKBP).

Justeru, beliau mengingatkan sesiapa yang masih tidak berjaya dalam permohonan boleh membuat rayuan kepada JKM.

Hadir sama penyandang Dun Layar Datuk Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Dr Richard Rapu dan Timbalan Residen Bahagian Betong Abang Mohamed Abang Turkey.

 

 

UNTUK WARIS… Fatimah menyampaikan inisiatif BIK kepada salah seorang penerima.

 

KEMUDAHAN… Fatimah menyampaikan KGC ibu dan bapa Rentap pada majlis yang sama. 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha