ARTIKEL

Pengurus Besar TBS, Datuk Abg Mohd Shibli Abg Mohd Naile menerima serahan zakat dari ANGKASA.

Bantuan kewangan TBS ringankan beban Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM143,000 kepada 589 penerima bantuan, termasuk golongan asnaf, pelajar tahfiz, dan Pusat Tahfiz.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abg Mohd Shibli Abg Mohd Naile, berkata bantuan ini bertujuan meringankan beban semasa bulan Ramadan dan sebagai persediaan menyambut Syawal yang bakal tiba.

“Bantuan ini juga untuk membantu Pusat Tahfiz menjalankan aktiviti sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Perdana Kuching TBS, di sini, semalam.

Jelas beliau, setakat Februari 2025, TBS telah mengagihkan sejumlah RM13.26 juta kepada golongan asnaf yang layak melalui empat program utama: Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Memantapkan Kebajikan Ummah, dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Pengurus Besar TBS, Datuk Abg Mohd Shibli Abg Mohd Naile menerima serahan zakat dari ANGKASA.

Dalam majlis tersebut, TBS juga menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berjumlah RM211,304.81.

Dalam perkembangan lain, Yayasan Kepimpinan Al Bait turut melaksanakan Projek Infak Baju Raya Al Bait dan agihan Kupon Sajian Ramadan Al Bait sebagai inisiatif kebajikan untuk menyantuni golongan asnaf.

Sebanyak sekitar 700 pasang baju raya telah diagihkan secara percuma di kedai Projek Infak Baju Raya Al Bait yang beroperasi di Aras 2, Pusat Beli Belah Majma’.

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara TBS, Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad (KoopBait), dan Pengurusan Kompleks Islam Sarawak (PKIS) Kuching.

Turut hadir adalah Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi; Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran, Sulaiman Mahili; serta Ketua Sektor Pembangunan dan Wakaf, Abg Faisal Abg Marzuki.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha