ARTIKEL

Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai RM500 untuk semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju untuk memberi Bantuan Khas sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai bagi tahun ini sebanyak RM500 kepada semua gred pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri hari ini, bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan Mei ini, iaitu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Gawai.

Katanya, pemberian itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

Kerajaan juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai Tahun 2021 ini dapat meringankan beban kewangan bagi para pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha