ARTIKEL

Bantuan Khas Sarawakku Sayang legakan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Bantuan Khas Sarawakku Sayang yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri melegakan rakyat ketika tertekan dengan pandemik Covid-19.

Adun Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, bantuan yang disalurkan itu memberikan manfaat kepada semua peringkat secara langsung mahupun tidak langsung. Malah katanya, ia membantu rakyat khususnya mereka yang kehilangan sumber pendapatan dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meluluskan pelbagai bentuk bantuan untuk rakyat. Malah, Bantuan Khas Sarawakku Sayang menggembirakan ramai peniaga kecil.

“Sehubungan itu, saya menyeru mereka yang belum memohon agar segera mengemukakan permohonan bantuan yang bernilai RM1,500 itu, “ katanya.

Beliau berkata, bagi memudahkan rakyat, Majlis Daerah Sarikei (MDS) membuka Kaunter Setempat MDS di Jalan Layanglayang bermula 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari sejak 21 April lalu. Kaunter bergerak itu katanya, juga akan dibuka di Taman Selera Baji Jaya bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari pada 28 April dan Perpustakaan Jakar, 9 pagi sehingga 12 tengah hari pada 30 April.

“Pusat Khidmat N.45 Repok juga membuka kaunter permohonan di Pusat Khidmat, Jalan Rumbia dari 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi untuk membantu penjaja mendaftar dan mengisi borang permohonan.

“Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang memberi manfaat kepada setiap golongan termasuk orang awam, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Perusahaan mikro, penjaja, peniaga kecil, kakitangan perubatan barisan hadapan, anggota polis dan lain-lain lagi,” katanya

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha