ARTIKEL

Bantuan pendidikan untuk pelajar Parlimen Stampin, Bandar Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERMOHONAN… Chong (dua kanan) dan Kelvin (dua kiri) menunjukkan poster bantuan pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar di Stampin dan Bandar Kuching.

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar di kawasan Stampin dan Bandar Kuching yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, bantuan pendidikan berjumlah RM1,500 sekali beri itu diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat ijazah atau diploma di universiti atau kolej tempatan.

Katanya, bantuan pendidikan tersebut tertakluk kepada dana sedia ada yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada dua Parlimen terlibat.

“Kita juga menyasarkan antara 200 sehingga 300 pelajar akan memohon dana tersebut dengan permohonan kini sudah dibuka kepada mereka,” katanya pada sidang media Pelancaran Bantuan Pendidikan yang diadakan di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Mengulas mengenai borang permohonan, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata, pemohon mestilah warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan ibu bapa tidak melebihi RM7,000.

Sementara itu katanya, pemohon mestilah penduduk dalam kawasan Stampin atau Bandar Kuching dengan alamat tertera seperti dalam kad pengenalan mereka.

“Bagi menyokong permohonan, pemohon perlu mengemukakan bersama borang yang diisi dengan salinan kad pengenalan diri dan ibu bapa serta surat tawaran kemasukan ke universiti atau kolej.

“Bagi pemohon yang berada dalam semester kedua pengajian, mereka perlu mengemukakan transkrip semester sebelumnya.

“Dalam pada itu, lain-lain dokumen atau maklumat diperlukan ialah nombor telefon berserta alamat, slip gaji atau penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ibu bapa,” katanya.

Pada masa sama, Chong berkata borang permohonan boleh diperoleh di Ibu Pejabat DAP Kuching atau Pejabat Chong Brothers Advocate.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha