ARTIKEL

SKAS

Bantuan SKAS mula disalurkan 10 Mac ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula 10 Mac ini menerusi platform SPay Global.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Bahagian Kapit yang diadakan di Kompleks Kerajaan Negeri Kapit bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar, teratur dan mencapai sasaran ditetapkan.

Pemangku Residen Bahagian Kapit, Robert Liman Deli berkata penyelarasan rapi amat penting bagi memastikan bantuan dapat dikreditkan kepada penerima tanpa sebarang kekeliruan atau masalah teknikal.

Menurut beliau, kerjasama bersepadu antara semua agensi terlibat perlu diperkukuh khususnya melibatkan aspek teknikal, logistik serta hebahan maklumat kepada kumpulan sasar.

“Penyelarasan awal amat penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutama melibatkan urusan teknikal, logistik serta hebahan maklumat kepada penerima,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan semalam.

UKAS turut melaporkan Majlis Pelancaran SKAS Peringkat Sarawak dijadualkan berlangsung di Kuching pada 7 Mac ini.

Sehubungan itu, para penerima diingatkan supaya memastikan aplikasi SPay Global masing-masing berada dalam keadaan aktif dan boleh diakses bagi mengesahkan kemasukan bantuan yang disalurkan. – TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU