Trending

Banyak perkara perlu dikorbankan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pengagihan 30 peratus kerusi untuk ditandingi Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam PRN-12 Sarawak akan datang adalah atas formula dan percaturan Chong Chieng Jen sahaja, kata penganalisis politik Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Menurutnya, perkara itu mungkin dibuat tanpa maklum balas konkrit daripada PSB. “Mungkin juga PSB sendiri masih dalam proses membuat pertimbangan dan percaturannya sendiri sama ada lebih wajar untuk mereka bergerak secara bersendirian dan tidak terikat dengan pencalonan yang akan hanya berkisar kepada 30 peratus seperti diusulkan,” katanya yang dihubungi baru-baru ini.

Beliau mengulas mengenai ratio pengagihan 30 peratus kerusi untuk ditandingi PSB dan 70 peratus bagi PH dalam PRN-12 Sarawak, seperti yang diumumkan oleh Chieng Jen selaku Pengerusi PH Sarawak.

Mohd Fadzil menambah, jika ditinjau sebelum usul penggabungan berkenaan dibuat, PSB berhasrat bertanding di semua kerusi atas keyakinan penuh mereka mempunyai potensi besar kerana perwakilan kaum yang baik.

Justeru katanya, jika menerima pelawaan 30 peratus berkenaan, sudah pasti ada dalam kalangan ahli PSB yang mungkin menaruh harapan untuk menjadi calon, terpaksa melupakan niat itu.

“Ini sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati, sekali gus menimbulkan isu baharu dalam kalangan ahli yang berkemungkinan boleh mencetuskan perpecahan. “Dengan kata lain, 30 peratus yang ditawarkan itu diyakini tidaklah begitu menarik buat PSB berbanding bergerak secara bersendirian,” katanya.

Mohd Fadzil turut menyifatkan jika PSB bersetuju menyertai PH, sudah pasti ia akan menjadi ‘adik bongsu’ dalam gabungan itu dan berkemungkinan banyak perkara yang perlu dikorbankan.

Katanya, berbanding PH, gabungan PKR, DAP dan Amanah ini sudah mempunyai hala tuju yang jelas dan sudah selesa dengan apa-apa juga pengagihan yang diberikan kerana mereka sudah lama hidup ‘bersaudara’ dan pernah sampai sehingga ke Putrajaya.

“Gabungan yang diusulkan ini juga belum pernah diuji tahap kesanggupan dan kesediaan untuk berkorban, ia mungkin akan menjadi sangat rapuh dan mungkin mudah patah di pertengahan jalan.

“Peristiwa yang melanda PH sehingga tumbangnya pemerintahan selepas 22 bulan memerintah antara lainnya ada kaitan langsung dengan perebutan kuasa dan kedudukan sesama gabungan,” katanya lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru