ARTIKEL

Bapa terima padah dera anak usia setahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bapa lima anak dijatuhi hukuman denda RM20,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan mendera anak lelaki bongsunya yang berusia satu tahun.

Tertuduh Hilbabo Bill Cosby, 33, bekerja sebagai mekanik mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendera anaknya berusia satu tahun hingga menyebabkan kecederaan fizikal kerana tertekan mendengar tangisan anak yang menganggu tidur di sebuah rumah, Kampung Barieng, Bau, kira-kira jam 8 pagi, 4 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016) (Akta 611), jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Musli memerintahkan tertuduh bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan selain memerintahkan Hilbabo menjalani khidmat masyarakat selama 50 jam dalam tempoh enam bulan berdasarkan Seksyen 31 Subseksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Untuk berita terperinci, sila dapatkan daripada e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari