ARTIKEL

Pix - Anggota polis dan bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan pada pokok mangga di hadapan rumahnya, pagi tadi.

Bapa terkejut jumpa jasad anak depan rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang bapa terkejut melihat jasad anaknya pada pokok di hadapan rumah di Kampung Skio di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata jasad lelaki berusia 30 tahun itu dijumpai oleh bapanya kira-kira jam 7.45 pagi ketika keluar untuk mencuci kain di luar rumah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Bau,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah pemeriksaan awal ke atas mayat mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang mencurigakan.

Mohd Haide berkata mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Hospital Bau untuk bedah siasat.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU