ARTIKEL

Barangan keperluan di Mukah cukup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKHEP) Cawangan Mukah memberi jaminan bekalan barangan dan keperluan di Mukah mencukupi walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini.

Oleh itu, penduduk di Mukah tidak perlu risau, terutama ketika menjelang bulan Ramadan.

Menurut Ketua Cawangan KPDNKHEP Mukah, Salihin Den, pihaknya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan harian di setiap pasar raya bagi memastikan semua barangan keperluan mencukupi.

“Melalui pemeriksaan, kita dapati barangan keperluan sentiasa mencukupi untuk semua pengguna.

“Kita juga mendapat jaminan daripada pembekal dan pemborong, bahawa mereka akan menghantar bekalan pada bilabila masa yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Beliau turut memuji dan menghargai sikap penduduk di Mukah kerana memberikan kerjasama sepanjang tempoh PKP dengan tidak melakukan pembelian panik.

“Kerjasama penduduk banyak membantu kami untuk memastikan barangan keperluan sentiasa cukup bagi semua pengguna di kawasan Mukah.

“Ini juga menunjukkan pengguna prihatin dengan situasi semasa dan berusaha membantu kerajaan untuk memerangi Covid-19,” ujarnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu