ARTIKEL

MOHAMED SALAH

Barcola mampu ganti Salah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEKAS pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, menyifatkan Bradley Barcola masih belum cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab besar menggantikan Mohamed Salah sekiranya bintang Mesir itu meninggalkan Anfield.

Carragher berpandangan pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu bukan calon paling tepat untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Salah, meskipun Liverpool dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang berusia 23 tahun berkenaan.

Pandangan itu dilontarkan menerusi media sosial selepas laporan mengenai minat The Reds terhadap Barcola mula tersebar. Barcola yang sering beraksi di posisi sayap kiri turut memiliki keupayaan bermain di sebelah kanan dan sebagai penyerang tengah.

Menurut laporan, Barcola terbuka untuk menyertai Liverpool, manakala kelab itu bersedia mengemukakan tawaran sekitar £100 juta (RM545 juta) bagi mendapatkan khidmatnya. Namun, Carragher percaya cabaran besar menanti Barcola kerana perlu menyamai sumbangan Salah yang menjadi tonggak utama Liverpool menerusi jaringan dan bantuan gol sejak menyertai kelab itu.

Sementara itu, Liverpool turut mendapatkan pemain muda Victor Munoz dari Osasuna sebagai sebahagian usaha memperkuatkan jentera serangan menjelang musim baharu.

Munoz merekodkan enam gol dan dua bantuan jaringan dalam 34 penampilan La Liga musim lalu.

Pemain itu juga berada dalam skuad Sepanyol yang muncul juara Piala Dunia, namun tidak berpeluang membuat penampilan sepanjang kejohanan tersebut.

Liverpool sebelum ini melalui musim mengecewakan sehingga menyaksikan Arne Slot kehilangan jawatan, dengan Andoni Iraola kini diberikan tanggungjawab mengembalikan prestasi kelab itu.

Iraola dijangka memberi tumpuan memperkukuhkan barisan serangan bagi menghadapi kempen Liga Perdana Inggeris musim 2026-27.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke