ARTIKEL

Bas cukup untuk balik kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING:  Warga kota yang ingin balik kampung untuk meraikan perayaan Gawai Raya tidak perlu bimbang kerana perkhidmatan bas mencukupi untuk menampung sejumlah besar penumpang.

Menurut jurucakap Syarikat Bas Asia, Dayang Marina Abdul Kadir, 58, setiap kali musim perayaan, maka stesen bas akan menjadi tumpuan orang ramai.

“Inilah masanya orang ramai mengunakan perkhidmatan bas untuk balik kampung.

“Biasanya penumpang lebih suka menggunakan perkhidmatan bas malam iaitu antara pukul 10 hingga 11 malam,” kata Marina.

Menurutnya, sejak dua minggu yang lalu, Bas Asia sentiasa penuh.

“Buat masa ini belum ada kes tidak cukup bas kerana pihak kami akan memastikan ia cukup untuk penumpang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bas Syarikat Sungai Merah, Andry Nyuwep, 42, menjelaskan, mereaka akan menambah bas untuk perjalan waktu malam.

“Biasanya penumpang lebih suka menggunakan bas pada sebelah malam, berbanding siang.

“Setakat ini pihak kami menambah dua buah bas untuk perjalan malam,” ujar Andry.

Menurut Andry, permintaan untuk perjalanan waktu siang agak kurang, menyebabkan tempat duduk bas agak lengang.

Baca lain  Ketengahkan model kaum Sarawak

Bagi jurucakap bas Syarikat Eva Ekspres, Peter Claver Chin, 25, sambutan tahun ini tidak semeriah tahun lepas.

“Agak kurang kali ini, berbanding tahun lepas. Mungkin ramai yang tidak dapat balik kampung atau akan balik pada saat-saat akhir,” ujarnya.

“Pihak kami tetap bersiap sedia untuk menambah bas jika keadaan memerlukan. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan mereka dapat balik kampung,” kata Peter.

Menurut Peter, orang ramai yang ingin balik kampung perlu menempah tiket lebih awal, jangan menunggu saat-saat akhir.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,