ARTIKEL

BAS HIDROGEN beroperasi semula

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd menyambung semula perkhidmatan operasi percubaan bas hidrogen berkuat kuasa Isnin lalu. Menurut kenyataan media, perkhidmatan tersebut bukan sahaja dikendalikan dari laluan Warisan Pusat Bandar, malah juga melayani penumpang dari Jalan Tun Abang Haji Openg menuju hospital.

“Semua pemandu bas hidrogen juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan yang diperlukan sebelum beroperasi, manakala semua bas yang digunakan turut di bersih dan disanitasikan.

“Langkah itu adalah untuk memastikan semua pihak terlibat dalam keadaan selamat dan bebas dari penularan wabak Covid-19,” katanya.

Difahamkan, Sarawak Metro yang merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sejak memperkenalkan semula operasi percubaan bas hidrogen sejak September tahun lalu.

Terdahulu, perkhidmatan operasi percubaan bas hidrogen diperkenalkan pada Januari tahun lalu dan terpaksa dihentikan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa pada Mac. Bagaimanapun, perkhidmatan operasi percubaan disambung semula pada September 2020

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 Mac 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual