ARTIKEL

BAT Malaysia Naikkan Harga Rokok Bermula Jumaat Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: British American Tobacco (Malaysia) Berhad (BAT Malaysia) mengumumkan harga jenama rokok keluarannya akan diselaraskan susulan kenaikan duti eksais seperti diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Menurut BAT, harga baharu rokok yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan itu akan berkuat kuasa mulai Jumaat ini.

Harga baharu itu antara RM12.40 hingga RM18.40.

Pengarah urusan BAT Malaysia Nedal Salem percaya kerajaan mengambil langkah tepat dengan mengumumkan kenaikan duti eksais secara sederhana memandangkan pengumuman terakhir duti eksais dibuat 10 tahun lepas, selain mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

“Kami mengambil maklum bahawa kenaikan ketara harga rokok telah menyumbang kepada peningkatan pasaran gelap tembakau, yang kini merangkumi 54 peratus daripada jumlah penggunaan rokok di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sepanjang 2025, agensi penguat kuasa telah melaksanakan tugas menangani pasaran gelap tembakau dengan cemerlang, dan berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha ini telah menjimatkan RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun lepas.

Peruntukan baru-baru ini, berjumlah RM700 juta bagi meningkatkan penguatkuasaan adalah amat menggalakkan dan menunjukkan impak positif hasil usaha berkenaan.

“Kami menyokong sepenuhnya inisiatif dan tindakan penguatkuasaan berterusan kerajaan untuk menangani isu yang telah lama berlarutan itu,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan duti eksais ke atas rokok meningkat dua sen sebatang; cigar, cheroot dan cigarillos naik sebanyak RM40 per kilogram (kg), manakala produk heated tobacco dikenakan kenaikan RM20 per kg kandungan tembakau. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha