ARTIKEL

Batalion baharu PGA bakal ditubuhkan di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditubuhkan di Sri Aman untuk meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Dr Che Ghazali Che Awang berkata batalion berkenaan berkemungkinan diwujudkan tahun ini. 

“Jadi kita pun ada kemungkinan ada satu batalion lagi akan ditambah di Briged Sarawak PGA… dengan ada satu batalion lagi kekuatan kita ni akan lagi siap siaga di sempadan Sarawak. 

“Pasukan PGA memberi fokus menjaga kawasan keselamatan dan aktiviti haram ataupun yang lebih fokusnya aktiviti kontraban di kawasan sempadan,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan udara awal sempena Program MADANI Ketua Polis Negara ke Sarawak, hari ini.

Menurut Che Ghazali, sempena musim perayaan ini, pihaknya turut memperketat kawalan di sempadan bagi membanteras aktiviti penyeludupan khususnya barangan bersubsidi seperti minyak masak dan tong gas ke negara jiran. 

Mengenai program MADANI Ketua Polis Negara ke Sarawak yang bakal berlangsung dari 9 hingga 10 April ini di pos kawalan sempadan Telok Melano, beliau berkata, lebih 600 orang dijangka hadir memeriahkan majlis itu dengan penglibatan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Nasional Indonesia dan Polis Indonesia.

Terdahulu, beliau meluangkan masa hampir sejam 30 minit bagi meninjau sekitar kawasan sempadan Telok Melano-Temajuk yang terletak di penghujung selatan Sarawak.
– Bernama

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

Samarahan mara ke final

PIALA PREMIER 2026 BINTULU: Samarahan mengesahkan tempat ke final Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat 4-2. Finalis musim lalu itu