ANTALYA: Malaysia mencadangkan bateri kenderaan elektrik yang tamat tempoh guna dijadikan sistem penyimpanan tenaga untuk membekalkan elektrik kepada luar bandar, penempatan Orang Asli dan kemudahan kesihatan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menjelaskan bahawa langkah itu memastikan komuniti yang kurang akses turut menikmati manfaat ekonomi kitaran.
Cadangan bernama “Dividen Ekuiti Kitaran” itu merupakan satu daripada tiga penyelesaian Malaysia untuk mempercepat ekonomi kitaran di bandar seluruh dunia dan memacu agenda sifar sisa.
Nga menyampaikan ucaptama dalam sesi TED Talk Pavilion Malaysia sempena COP31 di Antalya, Turkiye, dengan menegaskan bahawa inisiatif itu mahu menjamin pengagihan manfaat yang lebih saksama dan inklusif seperti dilapor Bernama.
Dua cadangan lain menjadikan bandar sebagai “Bank Bahan” melalui Pasport Bahan Digital mandatori, selain menggantikan sistem bayaran fi pelupusan dengan Geran Kitaran Berasaskan Prestasi dan Bon Peralihan Pihak Berkuasa Tempatan.






