ARTIKEL

Projek mega perlu utamakan kesejahteraan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan projek mega dan bangunan berskala besar perlu mengutamakan kesejahteraan awam supaya tidak mengecewakan rakyat.

Beliau menyampaikan ucaptama pada perasmian Minggu Pembinaan Antarabangsa 2026 sambil menyatakan transformasi industri pembinaan harus memberi manfaat nyata, termasuk rumah mampu milik untuk majoriti penduduk.

Selain itu, Anwar mengingatkan bahawa Malaysia perlu menerapkan acuan tempatan dalam pembangunan bandar dan tidak meniru model negara asing tanpa mengambil kira iklim, persekitaran serta keutamaan domestik seperti dilapor Bernama.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menyasarkan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2030 sebagai sebahagian daripada aspirasi menyediakan sejuta rumah dalam tempoh 2026 hingga 2035.

Mengenai pembinaan modular, Anwar berkata sektor itu perlu disokong keupayaan domestik, pelaburan dan tenaga kerja berkemahiran, manakala syarikat tempatan harus terbabit aktif dalam pembangunan, pengeluaran serta pengkomersialan teknologi tersebut.

BERITA LAIN

Kerusi pilihan Abang Johari masih jadi tanda tanya

KUCHING: Premier Sarawak merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan jawapan khusus berhubung spekulasi kemungkinan beliau

BERITA TERBARU

Dari Sebauh menuju pentas dunia

Berbekalkan impian besar dan semangat luar biasa, seorang kanak-kanak perempuan dari rumah panjang di pedalaman Sebauh membuktikan asal usul serta latar belakang keluarga bukanlah penghalang