ARTIKEL

Batu 14 Jalan Puncak Borneo diisytihar kluster baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan Kluster Batu 14 Jalan Puncak Borneo, Kuching.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kluster tersebut merupakan Kluster Institusi yang dikesan melibatkan pelatih dan penghuni sebuah institusi latihan kerajaan yang terletak di Batu 13, Jalan Puncak Borneo.

“Seramai 47 individu telah disaring dan 24 orang didapati positif termasuk kes indeks, 23 individu negatif dan lima kes baharu dilaporkan pada hari ini.

“Kesemua kes positif juga ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HIS), PKRC dan CAC di daerah Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara, JPBN berkata enam kluster ditamatkan iaitu Kluster Sebayur, Samarahan; Kluster Kampung Bintawa Tengah, Kuching; Kluster Jalan Pisang Raja, Bintulu; Kluster Jalan Akses, Sri Aman;Kluster Batu 25 Jalan Kuching Serian, Serian; dan Kluster Nanga Puti, Tatau.

Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 135.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha