ARTIKEL

BATU BUAYA tapak penting Kerajaan Santubong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM syair Negeri Santubong terdapat rangkap penting yang menyatakan kedatangan Raja Marapati ke Batu Buaya: Kata orang empunyai peri, angkatlah Datu laki isteri, bersama adinda Abang Kuali, ke Batu Buaya membuat negeri.

Batu Buaya terletak di muara Santubong, menyimpan kisah tersendiri, malah dikaitkan dengan legenda kisah serangan buaya di Santubong.

“Ia dikaitkan berlaku ketika zaman pemerintahan anak Datu Marapati iaitu Datu Merpati Jepang.

Berdasarkan catatan dalam lembaran naskhah manuskrip, anakanda baginda Merpati Jipang menetak kepala raja buaya sehingga terputus dari badan,” katanya.

Batu Buaya yang wujud ini menjadi tanda peringatan peristiwa tersebut yang berlaku di Negeri Santubong, bahkan masih disebut dan diingati sehingga hari ini.

Dikatakan, kisah Datu Marapati amat sinonim di hati penduduk Santubong.

Bahkan sering menimbulkan ironi dan tanda tanya ke mana hilangnya Negeri Santubong yang diperintah oleh Datu Marapati?

TARIKAN UTAMA

Pantai Santubong sebuah destinasi wajib pengunjung yang datang ke Bumi Kenyalang.

Bukan sahaja keindahan pantainya yang menjadikan tarikan, tetapi terdapat batu misteri yang wujud di pantai tersebut.

Batu Buaya atau lebih dikenali oleh masyarakat Sarawak sebagai Batu Boyak merupakan batu yang menyerupai kepala seekor buaya yang terdampar di tepi pantai.

Batu Buaya ini memiliki kisah legasi turun-temurun masyarakat setempat.

Menurut penduduk Kampung Santubong yang dikenali sebagai Abang Bujang, batu tersebut dikaitkan dengan kisah pembesar Melayu Sarawak.

“Batu Buaya ini kononnya dikaitkan cerita zaman dahulu yang melibatkan pembesar Melayu Sarawak melawan buaya besar.

“Tidak mahu serangan buaya terus mengancam nyawa penduduk, pembesar Sarawak (dahulu Santubong) masuk ke dalam sungai dan memancung kepala buaya tersebut.

“Tempat yang dikatakan lokasi Sultan Tengah dibunuh, di situlah lokasi Batu Buaya dengan bentuk kepala seekor buaya,” katanya.

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,