ARTIKEL

CERIA… Dr Sim menyerahkan simbolik kunci van jenazah di Masjid Darus Sakinah. (GHAZALI BUJANG)

Batu Kawa jadi simbol kejayaan transformasi komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Batu Kawa kini menjadi lambang kejayaan komuniti yang bersatu, menampilkan transformasi kawasan yang membawa manfaat nyata kepada seluruh penduduk.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, berkata pembangunan yang dijalankan bukan sahaja memperindah kawasan, tetapi juga memastikan generasi muda dan penduduk menikmati kehidupan lebih sihat, selesa dan bermakna.

“Transformasi kawasan Batu Kawa dapat dilihat dengan jelas terutama di kampung-kampung sekitar.

“Sekarang, masjid dan persekitarannya telah diperluas. Ada dewan, khemah luas, dan kawasan masjid yang lebih selesa untuk aktiviti komuniti. Transformasi ini memberi manfaat kepada semua penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan van jenazah baharu dan merasmikan Bilik Pengurusan Jenazah di Masjid Darus Sakinah, Kampung Sinar Budi Baru, di sini hari ini.

Ujarnya, walaupun penyerahan van jenazah ini mungkin kelihatan sederhana, ia adalah keperluan penting bagi komuniti di sini.

“Bersama bilik pengurusan jenazah yang baharu, ia membentuk satu pakej lengkap bagi memudahkan urusan komuniti setempat.

“Semua ini adalah hasil kerjasama penduduk, pihak berkuasa dan badan amal seperti OBYU,” ujarnya.

Selain itu, pembangunan lain yang menonjol termasuk Riverbank Park Batu Kawa dan kawasan kuari Ang Cheng Ho yang diubah menjadi taman rekreasi seluas 70 ekar.

“Taman ini menjadi tumpuan pengunjung setiap malam, dengan 500 hingga 1,000 orang menikmati aktiviti santai dan rekreasi.

“Bukan sahaja menarik golongan belia, malah warga tua dan keluarga turut datang untuk bersantai dan beriadah. Ia adalah bukti bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan komuniti boleh menghasilkan sesuatu yang menakjubkan,” tambahnya.

Dr. Sim turut berkongsi perancangan masa depan Batu Kawa, termasuk pembangunan tiga jambatan baharu, pusat beli-belah besar, serta projek perumahan dan apartmen berperingkat.

Beliau menjelaskan rancangan ini bakal menjadi contoh pembangunan lestari menjelang Sarawak 2030.

“Selain pembangunan fizikal, projek mitigasi banjir juga dilaksanakan, termasuk pembinaan kolam tadahan seluas 20 ekar, pertama seumpamanya di Sarawak, bagi menampung lebihan air.

“Kolam ini turut boleh digunakan untuk aktiviti awam apabila tiada banjir, menambah nilai rekreasi kepada penduduk,” katanya.

Batu Kawa kini bukan sahaja menjadi contoh pembangunan fizikal, malah menyediakan kemudahan untuk urusan harian penduduk, rekreasi keluarga dan aktiviti komuniti yang lebih tersusun.

“Transformasi pesat ini menandakan komitmen negeri untuk terus maju, makmur dan bersatu padu.

“Semua pembangunan ini bertujuan memastikan generasi muda dan penduduk menikmati kehidupan lebih sihat dan selesa,” ujarnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha