AKTIVITI riadah petang sesuai dilakukan untuk gaya hidup sihat, malah baik untuk haiwan peliharaan.
Bagi yang memelihara anjing biasanya membawa haiwan tersebut jalan-jalan di sekitar taman atau kawasan perumahan.
Namun, berbeza dengan perkongsian di TikTok Syafikaalifah yang merakam jiranya membawa kura-kura untuk jalan-jalan.
Lebih mengujakan apabila saiz kura-kura tersebut sangat besar, menyamai saiz tuannya.
Video tersebut tular dengan lebih 3,900,000 tontonan dan 218,000 tanda suka.



