ARTIKEL

Bayaran caruman wajib bagi April 2020 dilanjutkan kepada 30 April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melanjutkan lagi tarikh membuat bayaran caruman wajib bagi gaji Mac untuk caruman April 2020 dari 24 April kepada 30 April, 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas dan permintaan daripada majikan supaya melanjutkan tarikh bayaran caruman hingga akhir bulan ini.

“Biasanya, majikan diwajibkan membuat bayaran caruman KWSP sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan, tetapi semalam KWSP telah mengumumkan tarikh bayaran dilanjutkan kepada 24 hari bulan.

“Bagaimanapun setelah menerima maklum balas daripada majikan, tarikh itu telah dilanjutkan lagi kepada 30 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet atau di kaunter bank yang dilantik. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU