ARTIKEL

Bazar Rakyat kaut RM35 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bazar Rakyat Online Sarawakku Sayang (Bross) merekodkan jualan sebanyak RM35 juta ketika bulan Ramadan tahun ini.

Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Mintred) Datuk Mohd Naroden Majais berkata, platform ini telah disertai lebih kurang 7,600 penjaja dan peniaga kecil di seluruh negeri ini.

“Malah, lebih kurang 400 penghantar makanan menggunakan motosikal yang berdaftar dengan Bross mendapat manfaat sehingga membolehkan mereka menjana pendapatan RM100 hingga RM250 sehari.

“Kemudahan ini banyak membantu para usahawan, penghantar makanan dan pengguna untuk membeli hanya dengan menggunakan telefon bimbit sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab mengenai Ekonomi Digital: Strategi Pembangunan Ekonomi Pasca-Covid-19 bersama Astro Awani. Naroden juga menjelaskan, Kerajaan Sarawak menerusi Mintred memperkenalkan beberapa inisiatif lain bagi membantu peniaga kecil dan mikro termasuk yang bekerja sendiri.

“Antaranya termasuk penambahan peruntukan sedia ada, memansuhkan skim pinjaman selama tiga tahun setengah atau 42 bulan tanpa faedah dan setiap pembayaran pinjaman hanya dibuat pada bulan Oktober tahun ini,” katanya.

Naroden menambah, melalui Skim Pinjaman Kecil dan Sederhana (Spiks), usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) usahawan bumiputera boleh mendapatkan pinjaman mudah dengan maksimum RM250,000 dan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melayakkan mereka mendapat pinjaman tersebut.

“Skim kedua adalah Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS) iaitu pinjaman mudah untuk usahawan B40 dengan maksimum pinjaman RM10,000.

“Manakala kumpulan M40 dengan maksimum RM50,000 dan kelayakan pinjaman ini asalkan mereka mempunyai lesen atau permit daripada kerajaan tempatan dan serta telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bukan.

“Ini terbuka untuk semua usahawan bumiputera dan bukan bumiputera,” jelasnya.

Menurut Naroden, Kerajaan Sarawak juga menyediakan geran usahawan teknikal bagi graduan universiti yang ingin menceburi apa jua bidang seperti bengkel membaiki kenderaan, pencetakan, kedai membaiki komputer, membeli kereta sorong atau gerai dan sebagainya.

Katanya, kedua-dua skim dan geran ini memberi manfaat sebanyak RM20,000 seorang usahawan.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU